Tuesday 13 December 2011

Harta Modal Vs Inventori



ASET – Harta benda kepunyaan/milikan/di bawah kawalan kerajaan yang dibeli dengan wang kerajaan, yang diterima melalui sumbangan/hadiah/diperoleh melalui proses perundangan
ASET ALIH – Aset yang boleh dipindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain termasuk aset yang dibekalkan/dipasang bersekali dengan bangunan
Objek Sebagai 35000
DUA KUMPULAN ASET ALIH – Harta Modal dan Inventori 


HARTA MODAL – Aset alih yang harga perolehan asalnya RM1000 dan ke atas setiap satu. Aset alih yang memerlukan penyelenggaraan berjadual seperti yang disyaratkan dalam manual/buku panduan pengguna
INVENTORI – Aset alih yang harga perolehan asalnya kurang daripada RM1000 setiap satu dan tidak memerlukan penyelenggaraan berjadual. Termasuk perabot, hamparan, hiasan, langsir dan pinggan mangkuk tanpa mengira harga perolehan asal.

PENERIMAAN
Tujuan : Memastikan setiap aset yang diterima menepati spesifikasi yang ditetapkan, menentukan kualiti dan kuantiti yang sebenar mengikut pesanan, dan memastikan aset diterima dalam keadaan yang baik, sempurna dan selamat untuk digunakan
          Semak butiran dalam dokumen
          Periksa aset, kira, timbang atau uji sebelum disahkan penerimaannya
          Pastikan ada surat jaminan, dan manual penggunaan dan penyelenggaraan (jika ada)



PENDAFTARAN
Tujuan: Mewujudkan pangkalan data yang lengkap, tepat dan kemas kini, memudahkan pengesanan dan pemantauan, membolehkan keadaan aset diketahui dan memudahkan penyelenggaraan, pelupusan dan penggantian aset
          Didaftar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pengesahan penerimaan
          Dokumen pendaftaran Harta Modal ialah KEW.PA-2 dan Inventori ialah KEW.PA-3
          Penyimpanan bermaksud aset kerajaan disimpan di tempat yang selamat dan sentiasa di bawah kawalan pegawai yang bertanggungjawab. Patuhi Arahan Keselamatan Kerajaan untuk mengelak berlakunya kerosakan dan kehilangan
          Pemeriksaan dilakukan ke atas fizikal, rekod dan penempatan. Pemeriksaan bertujuan untuk mengetahui keadaan aset dan prestasinya, memastikan setiap aset mempunyai daftar/rekod yang lengkap, tepat dan kemas kini, dan memastikan setiap aset berada di lokasi sama seperti yang tercatat dalam daftar/rekod 


No comments:

Post a Comment